SEJARAH SMK SRI NANGKA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI NANGKA

SEJARAH KEWUJUDAN SEKOLAH…

SMK Sri Nangka Tuaran merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak lebih kurang 5km dari pekan Tuaran, Sabah. SMK Sri Nangka Tuaran mula beroperasi dengan nama asalnya SMK Tajau. Dibina pada tahun 1999 dan beroperasi sepenuhnya pada bulan januari 2001 dan ditukar namanya kepada SMK Sri Nangka. Sebelum siap sepenuhnya, SMK Sri Nangka menumpang di SK. Selupoh dan beroperasi pada sidang petang. Pada 7hb Julai 2001 seramai 133 orang pelajar tingkatan 1 serta 11 orang guru berpindah ke bangunan baru. EN. MOHD. JANNES G. LINGGAU merupakan pengetua pertamanya yang mula bertugas pada Ogos 2002 sehingga Mac 2004. Kini sekolah ini diterajui oleh pengetuanya PN. ROHANI BINTI ABDDULLAH, mempunya 927 orang PELAJAR ( Tinngkatan 1 – 6 ) dan 73 orang GURU serta 12 orang AKP yang akan terus berusaha untuk mencapai visi dan misi sekolah ini.

NAMA MANTAN PENGETUA

ALLAHYARHAM EN. MOHD JANNES B. LINGAU ( 2001 – 2003 )

JUSTIN RUMPOD ( MEMANGKU 2003 – JUN 2004 )

PUAN HAJJAH NOORAYATI BTE MUHAMMAD ( 2004 – 2008 )

PUAN ZUBAIDAH BINTI AHMAT ( 2008 – 2011 )

HJ. MAHAMAD SUKRI ( MAC 2011 – JUN 2011 )

PUAN ROHANI BTE ABDULLAH ( JUN 2011 – SEKARANG )

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nangka mengambil nama sempena sebuah sungai di kampung Tajau, iaitu ‘Buah Suang Nangka’ yang bermaksud muara sungai nangka. Menurut pencerita yang menceritakan kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan agama islam lagi ke daerah Tuaran. Menurut Hj. Jaat Bin Tiayah, yang merupakan imformer yang masih hidup lagi dan berusia lebih kurang 95 tahun, menceritakan bagaimana Nangka tersebut diberi nama. Katanya, pada zaman tersebut terdapat sebuah bukit yang mempunyai dua batu tergantung,dan masih lagi ada sekarang Cuma keadaan bentuk muka bumi yang berlaku kemungkinan batu tersebut sudah mengalami hakisan. Menurutnya di daerah ini asalnya adalah orang idaan (panggilan untuk orang Dusun) sahaja. Ketua pemerintah atau pembesar yang ada pada waktu tersebut dikenali sebagai Datu Unduk. Datu Unduk ini terkenal dengan keberanian dan kegagahan sehingga beliau disegani oleh pahlawan-pahlawan di tempat lain. Setiap peperangan selalunya Datu Unduk yang menang. Katanya Datu Unduk telah membuang sebuah pedati atau ‘rentaka’ Mariam yang di perbuat daripada tembaga ke muara sungai tersebut, Sejak itulah orang mengambil nama tempat tersebut sebagai Nangka. Menurut Tuan Haji jaat lagi, pedati ini masih ada lagi awal tahun 70-an yang dikuburkan di kubur Datu Bog Maharajalela tetapi telah dicuri.

Seterusnya Kemungkinan dalam abad yang ke-14 dan awal abad ke-15 semasa kerajaan johor mewarisi kesultanan Johor, anak buah kepada Sultan Johor berkahwin dengan adik perempuan Datu Unduk . Katanya, adik perempuan Datu unduk ini memeluk Islam dan menggunakan nama Islam, Dayang Siti Azarah. Manakala Datu Unduk turut memeluk Islam ketika itu bersama-sama dengan pengikutnnya dan Sultan Johor member gelaran Datu Bog Maharajalela. Sejak memeluk Islam, Datu Bog Maharajalela tetap disegani oleh penduduk dan beliau mempunyai beberapa pengikut yang diberi gelaran olehnya seperti Datu Bentara, kononya telah berhijrah ke Kota Belud. Menurut Hj. Jaat, beliau tidak tahu salasilah keturunan ini di Kota belud sama ada masih hidup atau tidak. Manakala orang kuatnya yang kedua Datu Segandung Indi berada di Pukak (kawasan selupuh) waris-warisnya masih ada tetapi ada yang belum memeluk agama Islam namun waris generasinya yang pertama tiada lagi. Orang yang ketiga ialah Datu Sharifuddin dan menetap di Kg. bolong dan waris-warisnya masih ada lagi. Manakala Datu Raja Mudah di Kg. Mengkabung, tidak diketahui. Kesemua mereka ini adalah orang Dusun yang telah memeluk Islam bersama Datu Unduk tadi.

Menurut Hj. Jaat lagi,ayah kepada Sultan Bolkiah di Brunei Darulsalam itu puna asalnya adalah orang dudsun dan pergi ke Brunei. Namun kebenaran cerita tiada kepastiannya keranadi awal sejarahnya waris yang datang ke Brunei dan mempastikan kebenaran cerita ini. Tambahan lagi Datu Bog maharajalela memang terkenal ketika itu. Hj. Jaat ini juga merupakan keturunan Datu Bog maharajalela iaitu generasi yang ke-4 dan salah seorang yang masih hidup ketika ini. Walau bagaimanapun tahun 2002 pencerita ini telah meninggal dunia dalam usia 96 tahun.

SEPINTAS LALU SEJARAH SMK SRI NANGKA UNTUK KENANGAN…

Pelbagai pengertian diberikan kepada ‘Nangka’ iaitu nama yang diberikan kepada Sekolah Menengah Sri Nangka. Banyak maklumat yang diperolehi dan sumber-sumber lisan yang memberikan tafsiran tentang ‘Nangka’ itu sendiri, yang dikata suatu petempatan awal masyarakat atau penduduk bahagian utara daerah tuaran pada zaman dahulu. Hasil temu bual dengan YB.Datuk Hajiji Hj.Noor menyatakan tempat ‘Nangka’ ini telah wujud sejak 1000 ke 2000 tahun dahulu dan penduduk yang mendiami kawasan ini ialah orang sama. Rata-rata penduduk yang berusia daerah lain kurang mengenali nama kampung-kampung seperti yang ada sekarang tetapi kenal dengan penduduk sama Nagka. Haji Jaat Bin Tiayah, 95, merupakan generasi tua yang masih hidup ketika ditemubual di Kg. Tajau, menceritakan bahawa ‘Nangka’ mengambil nama sempena nama sebuah sungai di kampung Tajau,iaitu ‘Buah Suang Nangka’ yang bermaksud muara Sungai Nangka. ‘Nangka’ menurutnya diambil daripada perkataan Dusun iaitu ‘Rentak’ bermaksud pedati ataupun meriam, yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan pada zaman dahulu sepanjang Sungai Nangka tadi. Selain beliau Encik Mak Ayung,90, dari Kg.Kindu juga menceritakan bahawa Kg.Nangka memang amat terkenal pada zaman dahulu dan disegani oleh penduduk di tempat lain dengan keberanian,kekuatan serta ilmu agama sehingga menjadi tumpuan pada waktu tersebut. Menurutnya nangka bukan hanya dikenali di kawasan ini malah sehingga ke negara lain. Banyak cerita yang mungkin tidak disedari oleh generasi sekarang bahawa Nangka mempunyai sejarah tersendiri yang sukar untuk dipercaya oleh masyarakat muda sekarang. Tuan Haji Harris, 85,dari Kg. bunga, Tenghilan, juga menyatakn perkara yang sama bahawa memang ‘Nangka’ merupakan kampung yang kecil tetapi meliputi semua kampng di utara Tuaran, amat terkenal dengan lahirnya pahlawan-pahlawan yang berani, gagah serta kekuatan ilmu agama yang menjadi tumpuan penduduk dari tempat lain. Selain beliau, Tuan Haji Mak Mat, 96, dan Tuan Haji Mak Semah, 90, di Kg. penimbawan, pun menyatakan perkara yang sama walaupun zaman tersebut sudah melampaui zamanya tetapi dari cerita orang tuanya, ‘Nangka’ ini memang wujud dan penduduknya terkenal kerana keberanian dan mempuyai kekuatan yang sukar untuk ditandingi pada waktu tersebut.

Apapun cerita dan dan makna disebalik istilah ‘Nangka’ tersebut pasti Nangka ini mempunyai sejarah yang gemilang pada zamannya. Yang jelas makna ‘Nangka’ dalam perkatan masyarakat sama di daerah ini ialah menahan diri semasa bulan puasa, atau menahan dari segala halangan, cabaran mahupun masalah yang dihadapi. Istilah ini juga merujuk kepada, kekuatan dalaman (ilmu batin) serta ketahanan. Sempena nama ini, YB.Datuk Hajiji Haji Mohd. Noor, menamakan sekolah ini SMK Sri Nangka, untuk mengenang sejarah Nangka sebagai ingatan dan sejarah kepada generasi muda, bahawa Nangka perna wujud sejarahnya. Mudah-mudahan sekolah ini gah dan gemilang seperti namanya.

One thought on “SEJARAH SMK SRI NANGKA

Add yours

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑